Friday, January 7, 2011

:: PENGENALAN ::

Barut Gantung...

Barut Gantung Bayi digunakan khusus untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin atau kembung dan melindungi dada dari sejuk.Walaupun zaman semakin moden namun pemakaian barut masih lagi diteruskan. Sebagai seorang ibu yang baru saja bersalin, anda pasti memerlukan tidur dan rehat yang cukup. Namun apabila bayi anda meragam ia bukan saja akan mengganggu waktu rehat anda tetapi juga akan mengganggu rawatan berpantang yang perlu dilakukan seperti bertungku, bertangas, memakai bengkung dan juga rawatan mengurut selepas bersalin.

Pemakaian barut gantung selalunya dilakukan selepas pemakaian minyak telon atau minyak bayi di sekitar dada dan perut bayi. Amalan memakaikan bayi dengan barut gantung ini akan memberikan bayi anda keselesaan dan mengurangkan bayi mengalami angin yang keterlaluan dan dalam masa yang sama dapat menutup dada.
Barut gantung ini juga mudah dipakaikan pada bayi. Jika bayi mengeluarkan najis, barut ini tidak perlu dibuka kerana barut ini mudah untuk anda mencuci najis bayi anda.

Harga yang ditawarkan berpatutan. Anda juga boleh menempah barut gantung mengikut pilihan warna pilihan. Dapatkan barut gantung bayi anda di sini tanpa berlengah lagi. Terdapat dalam pelbagai warna dan corak .


DESIGN BARUT GANTUNG BAYI DAN HARGA TERKINI - (HOMEMADE)